Saya faham anda bukan tak nak bayar, tapi tak de duit sekarang. Bukan tak nak jawab mesej, tapi tak tahu nak reply apa. Betulkan?
Akhirnya, nampak seperti anda mengelak dan melarikan diri. Soalan saya, “sampai bila nak berdiam diri? Jangan sampai orang datang cari anda kat rumah atau kat pejabat”.
Kalau nak tahu, banyak usahawan yang dah terima Notis Tuntutan Hutang (Letter of Demand) minta langsaikan hutang.
Saya yakin ramai tahu bahawa satu tuntutan di Mahkamah boleh menyebabkan anda dijatuhkan perintah bankrap? Akibatnya rumah, kereta, tanah, perniagaan semuanya akan dirampas dan diuruskan oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia.
Tempohnya tak lama, kalau anda abaikan notis tuntutan atau saman yang diterima, bankrap boleh berlaku dalam tempoh 3 bulan berikutnya.
Tapi, apa yang saya nak kongsikan ini mungkin membuatkan anda TIDAK PERLU berdepan saman di Mahkamah bahkan TERLEPAS dari perintah kebankrapan.
Anda juga mungkin memerlukan cara untuk mendapatkan wang dari klien anda. Hutang klien tak dapat diminta, macam mana nak bayar hutang kita pada supplier…. Betul? Jadi saya juga akan berkongsi dengan anda cara untuk menuntut hutang apabila klien kita liat nak membayar walaupun sudah lama tempoh bayaran yang dijanjikan tamat.
“Ya Allah, berikanlah jalan keluar kepada saudaraku yang membaca apa yang aku kongsikan ini. Izinkan aku membantu mereka dengan ilmu, pengalaman dan kemahiran yang telah Engkau berikan kepadaku. Sesungguhnya mereka sedang berjuang untuk diri, keluarga dan perniagaan mereka” – DH